Saturday, October 20, 2007

Sempena Hari Raye Ini

Hari raya tahun ini, tidak semeriah dari tahun-tahun yg lalu. Ramai yg telah kembali kepadanya, meninggalkan kami. Walaupun aku tidak mengenali mereka tetapi dapat ku rasakan pilunya untuk keluarga menerima. Bila-bila sahaja Allah boleh mengambil nyawa seorang manusia. Mungkin Allah amat menyayangi mereka kerana itulah ajal menimpa.

Apabila ku teringat tentang kisah hari pertama bulan Ramadhan masa ku berumur 16 tahun, ku sedar betapa singkatnya masa kita di dunia.

Hujan turun dengan lebat dan diiringi dengan petir selepas sahaja Atok(nenek) ku menghembuskan nafas nya yg terakhir. Ia nya seperti mencurahkan airmata dari langit ke bumi. Aku berada di sekolah untuk mengendalikan satu kem NPCC pada masa itu, selepas waktu maghrib baru aku dibawa pulang. Aku berasa sangat kesal. Kalau aku tahu, akan ku dakap atok(nenek) pada hari sebelum dia meninggalkan kami. Semasa aku sedang menyiapkan barang untuk pulang, banyak perkara ganjil berlaku. Dapat ku rasakan kehadiran seseorang di dalam kelas, tempat kami tidur. Mungkin atok(nenek) ikut bersama mereka untuk membawa ku pulang, hati ku berbisik. Apabila sampai saja di tingkat satu, baru perasaan itu hilang. Pemergian nya pada hari pertama bulan Ramadhan akan selalu ku kenang sampai bila-bila. Kerana padaku, itulah permulaan satu kedewasaan untuk ku. Aku kenal dengan erti pemergian.

Kehidupan penuh dengan pemergian seseorang. Ada yg meninggalkan dunia ini dan ada yg datang dan pergi dalam kehidupan kita. Dan ada pula yg terus lenyap dalam kehidupan mereka sendiri. Allah maha penyayang dan adil, kerana itulah ada hikmah sebalik setiap macam pemergian.

Terima kasih atok(nenek).

Pada saudara-mara, sahabat handai dan kawan-kawan, maafkan lah kesilapan ku yg lalu, maafkan lah aku jika ada menyinggung perasaan mu dan halal kan lah makan minum ku.

Eid Mubarak all muslim friends!!!